Friday, 28 November 2014

REUNION!!!!!!!! Ohhh tidakkkk

Assalamulaikum :)

Malam ni hai tiba-tiba rasa susah hati . macam mana tak susah hati kalau ada pulak reunion yang akan berlangsung pada 
25/12/2014
erm bukan tak nak pergi tapi kalau dah sikit sangat orang yang perginya macam tak best pulak .rasa nak batalkan je tapi dah tercakap nak pergi erm buntu sangat 
kawasan yang diorang pilih jauh pulak tu aduhai risaunya hati ini , lokasinya di teluk senanggin pada mulanya diorang nak pergi teluk batik pelik jugak kenapa diorang tiba-tiba ubah plan ni rupanya ada pulak cikgu yang ikut ,cikgu yang nak sangat pergi teluk senanggin . bila je nana dapat tahu cikgu pun ada join sama , lagi payah lah nana nak batalkan kehadiaran nana nanti aduh macam mana ni pening betul .

kenapalah diorang buat pada hari orang cuti umum kan ramai orang nanti kalau pergi hari biasa kan bagus tak ramai orang, tak sesak jalan  raya jugak aduhai . nana nak je bagi tahu diorang tak nak pergi nanti tapi diorg suka perli-perli tak seronok lah macam tu .kalau boleh diorang terima apa aje keputusan yang diberi .hai tengok lah macam mana nanti  susahnya kalau reunion akhir tahun .

Reunion ni ada best ye nana pun memang nak sangat jumpa kawan-kawan masa form 5 dulu rindu kat diorang semua, masing-masing dah jauh sampai ke johor diorang kerja .nana tak sampai hati nak batalkan reunion ni yela masing2 turun dari jauh semata-mata nak jumpa semula . tak pe lah nanti nana fikirkan
semula sebab orang-orang yang nana sayang ada yang tak bagi nana pergi risau katanya . haha risau kalau-kalau jatuh hati kat kawan-kawan lama rsanya tak lah kut nana macam tu apalah sampai ke situ fikir risau beno hihi lagipun kawan-kawan nana banyak yang dah berumah tangga jadi tak perlu lah risau nana tahu nana dah ada orang tersayang jadi tak perlu padang yang lain betul tak :)

Jadi nana akan fikirkan dahulu . kena fikir panjang pasal ni tak nak ada yang terasa hati nanti . kalau boleh semua hati nana nak jaga tak syok kalau ada yang sedih hidup jadi tak tenang nanti.

ok lah sekian :)

Thursday, 27 November 2014

KONVOKESYEN ILJTM 2014 :) PART 2

Assalamualaikum :)

Ha ni kisah hari konvo kekasih hati nana ,nana dapat pergi jugak tengok atas kejayaan dia seronok sangat konvonya berlangsung selepas hari nana konvo pada 12/11/2014 ha 2 hari nana ke 
PICC PURTRAJAYA. Walaupun hari semalamnya nana balik lewat malam tapi nana tak penat pun asalkan nana dapat pergi tengok hari kejayaannya .

lagipun boleh lah nana sembang bersama kakaknya dan anak sedaranya lama tak jumpa biasa lah macam-macam kami cerita hihi .hari yang seronok bagi nana jugak :)


Merasa lah jugak tangkap gambar sama pakai jubah :)
tu pun pinjam kat kawan dia hihi


masa tangkap gambar ni tak sedar pun topi ada
 atas kepala sabar je lah hehe :)

ha ni lah kakak dan ank sedara cinta nana 
comel tak hihi:)



ok lah sekian 




KONVOKESYEN ILJTM 2014 :) PART 1

Assalamulaikum :)

Alahai lamanya tak update macam-macam masalah yang terjadi tapi sekarang ni malas lah nak cerita pasal masalah tu ,hari ni nana cerita pasal konvo nana.
konvo nana berlangsung pada 

11/11/2014 

Seronok sangat sebab jumpa kawan-kawan yang sama belajar dengan nana , syukur sangat sebab berjaya sampai akhirnya walaupun banyak dugaannya tapi Alhamdulilah selesai perjuang ku . tapi bila diingatkan semula masa belajar dulu sampai menangis kelakar betul macam budak-budak hihi, ha tak tidor malam tu nana rasa ok je sebab lebih baik tak tidor dari tak siapkan kerja yang diberi  tapi ini hasilnya yang penting masa belajar kena korbankan masa dan tenang apabila mengahadapi kesukaran dalam apa-apa pun. ok lah tak mau cerita panjang-panjang nanti penat pulak nak baca
 hihi :)

ok nana kongsikan sikit gambar hari nana konvo 










banyak lagi gambar tapi ini jelah yang dapat nana kongsikan pada semua 

ok lah sekian:)

ALAHAI SI MANJA :)

Assalamulaikum :)

hari-hari nana cerita dengan gelagat si kecil yang comel hai geram ye tengok anak-ank buah nana ni kadang-kadang nakal kadang-kadang terlebih manja beno hehe tapi nana tak kisah janji besar nanti harap diorang jadi anak yang berguna dan soleh dan solehah 

nana nak kongsi sebar sedikit gambar yang bagi nana, nana rasa menarik dan menceriakan hati nana hihihi tak kisah lah orang tak suka janji nana suka hihi 




ni gambar masa raya tak sangka pulak diorang boleh pakai baju warna merah 
dari kiri tu namanya aliya , mia ,wafi, ashraf dan alisya 





ha yang ni namanya muhamamad nor hafiq
 pandai tak di selfie haha :)




 ni namanya khairul aidil fahmi gambarnya takde sangat
 jadi nana pilih gambar yang ni jelah 



ni dah macam anak buah nana je namanya hani zulaika
 comel tak dia sengih hehe



dan ini zahra khadijah walaupun kejap je jumpa
 tapi manja sangat hihi

ok lah sekian 
:)

Tabahlah wahai sahabat

Assalamualaikum 

Hari nana dikejutkan dengan berita sahabat nana maknya sakit ,walaupun kawan nana ni memang tak rapat langsung hanya kawan biasa-biasa je tapi nana tetap sedih yela penyakit yang mak dia alami adalah penyakit tibi , mula-mula nana pun rasa macam pelik apa tu penyakit tibi .bila nana tanya kan pada mak dan ayah nana ,nana rasa tekejut sangat penyakit ni sangat membahaya susah untuk baik sepenuhnya mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya . kecian kawan nana tu baru-baru ini dia baru je kehilangan seorang ayah dan sekarang maknya pula sakit harap dia tabah . sampaikan dia sanggup berhenti kerja demi menjaga maknya yang sedang sakit sangat kalau nana pun akan buat benda yang sama mak adalah satu-satu yang tidak boleh dicari ganti  dia lah sanggup berkorban demi anak-anak erm sedih sangat nana faham perasaan kawan nana tu . 

ha nana cerita sedekit tentang penyakit tibi , penyakit tibi ni adalah sejenis penyakit yang membahayakan boleh membawa kepada maut jika seseorang pesakit itu tidak dirawat dengan betul, penyakit ini boleh merebak dan merosakkan bahagian tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain. , penyakit tibi ini boleh berjangkit  sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

Apakah gejala-gejala tibi?
• Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
• Kahak berdarah
• Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
• Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
• Hilang selera makan
• Berat badan menyusut
• Mudah letih dan lemah badan

Bila baca info tentang penyakit ni rasa risau pun ada penyakit ni adalah penyakit berjangkit No 1 dari semua penyakit bahaya sangat ,erm harap mak dia kuat menghadapi penyakit ini,  nana tak dapat nak pergi melawat maknya yelah jauh kan kalau dekat nana pergi,  hospital selayang memang jauh jugak dari tempat nana mengambil masa dekat 2 jam   jugak lah tak pe lah nana hanya mampu berdoa dari jauh je , 
harap kawan nana tu kuat , Allah sentiasa ada bersama kita  
semoga cepat sembuh bondanya

Aamin



( Sebenarnya cerita dari bulan 9 lagi nana nak update tub tub... nana pulak kene demam campak jadi ari lah baru blh update Alhamdulilah mak kawan nana semakin sembuh syukur cuma masih lemah harap2 akan sembuh sepenuh ye Aamin :)  )