Wednesday, 17 September 2014

Harap Ada Peluang Kedua

Assalamualaikum :(

Hari ini tension betul nana asyik fikir je sama ada nana nak pergi interview esok atau pun tak pada mulanya nana nak pergi interview ni tapi ermmmm . 
 ha ni antara sebabnya nana nak pergi interview ni :

1. nana dapat lah lari dari kerja yang nana sekarang yela hari-hari kena marah bukan salah nana pun mesti kena marah jugak biasa orang berpangkat tinggi ni ada je benda yang tak kena , dia ada masalah kita yang kena aduhai sabar je lah hari-hari kena sabar , masak air dia lah ,siram pokok lah semua nana dah buat itu pun tak bersyukur lagi ayah nana cakap " biasa lah tu cina komunis ni memang teruk sikit peragai diorang ni  "  jadi nana kena sabar lah biar lah dia marah macam mana pun, orang dalam office ni pun bukan suka dia pun diorang kata layankan je kerenah dia tu jadi nana layan je lah.

2. gaji yang di tawarkan oleh pihak syarikat yang nana nak interview ni lebih banyak dari gaji yang nana kerja sekarang ni, memang lah seronok macam- macam boleh nana kumpul dengan duit ni , bayar hutang  PTPK balik akan lah pandai pinjam je lepas tu tak pulangkan balik jadi kena lah bayar tapi nasib baik start bayar balik pada bulan november nanti sempat lah nana kumpul dan duit selebih ye nana kena kumpul duit kahwin juga hehe kumpul dari sekarang nanti senang betul tak :). 
tapi nana akan bagi juga duit bulanan kat mak dan ayah nana kecian diorang sudah banyak duit diorang keluarkan untuk nana dari kecik hingga lah kebesar ni . jadi kita kena balas jasa diorang jugak bukan balas dengan wang ringgit je kena balas dengan kasih sayang terhadap mereka dan macam-macam lagi  

3. syarikat yang tawarkan nana kerja tu  dekat lah jugak dari rumah nana boleh lah save minyak sikit sekarang ni nak save duit minyak pun tak boleh sabar je lah dugaan kan.   

 tapi mak nana macam berat hati nak bagi nana masuk syarikat tu yela nana kena menguruskan permit bangsa asing ,permantauan setiap pekerja ,dan macam-macam lagi mak nana risau takut terjadi sesuatu yang bukan kita sangkakan , bayangan lepas je mak nana solat asar terus je tanya nana '' kamu nak pergi ke nana " nana jadi hairan lah tak pernah-pernah mak nana risaukan perkara yang macam ni .erm bila mak nana dah macam tu kita mesti rasa tak sedap hati ,nana apa-apa pun mesti nana minta restu dari mak baru semua yang kita lakukan akan jadi sempurna. 

Jadi terpaksa lah batalkan interview esk Insya Allah mungkin ada rezeki lain kat luar sana hanya tunggu dan terus menunggu untuk panggilan temuduga yang seterusnya 
Aamin :)

No comments:

Post a Comment