kawan-kawan nana

Tuesday 29 January 2013

strees....

Assalamualaikum 
:(
Hari ni pertama kali nana tak tidor sampai pagi ,nana pun macam tak percaya je ah sakit kepala nana fikirkan pasal laporan yang nana kena buat .Nana ingatkan kumpulan nana tolong siapkan rupanya tidak diorang semua mengharapkan nana sorang yang buat sedih betul nana sampai dah give up dah erm tapi nana kuatkan jugak semangat nana .insyaallah malam ni nana siapkan jugak harap-harap begitu lah 

Bagi nana memang tak adil pihak adtec ni buat kumpulan bagi setiap pelajar yang telah ditetapkan ,nana tak marah sangat cuma bagi lah nana peluang untuk pilih ahli kumpulan nana sendiri ,ini tidak dapat kumpulan yang susah nak buat kerja semua mengharapkan nana ,memang nana ni lembut tapi jangan mengunakan kelembutan nana ni sebagai satu kepetingan diorang fikir lah nana jugak nana ni ada hati dan perasaan tapi diorang tak fikir pasal tu pun ,

sedih sangat hai nasib nana memang cam ni kut dari tempat belaja yang lama pun sama je ,bila lah nak berakhir nana harap lepas belajar ni dapat lah nasib yang lebih baik insyaallah .itu saja untuk malam ni selamat malam semua 
 

Sunday 27 January 2013

SEGMEN : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum :)

hari ini nana nak join segmen dari kakak mimie ni nana sebenarnya lama dah tak join segmen apa-apa pun  tahun baru ini hari ini rasa terdetik hati nak join segmen akk mimie ni walaupun tak berapa pandai  nak join tapi nana tetap nak join hehehee..

harap lagi ramai lah join segmen akk mimie ni
:)


Nama sebenar :Nor Farhana Binti Abdul Wahid
tarikh lahir: 30 /03/1992

Tuesday 22 January 2013

Sedihnye..... tapi ok hehe

Assalamualaikum:)

hai semua nana rasa bosan sangat ni tak tahu nak buat apa orang yang nana sayang hari ini dia penat tak pelah nana tak kesah sebab nana dah faham sangat kat dia jadi nana bagi sayang nana ni rehat dan tidor sebab sayang nana ni cepat sangat tidor kadang-kadang pukul 10 dah tidor pilik kan selalunya perempuan yang tidor cepat ini lelaki hehehe apa-apa pun nak dah memahami sayang nana ni.sebab itu jadinya nana  bosan lah sorang-sorang ini ,kawan-kawan yang lain semua ada perjumpaan tinggal lah nana gan best friend  nana ni nama dia fatin mahira  

Nana sayang sangat kat fatin ni ,dia yang banyak memahami nana kat sini (adtec) kalau nana sedih pasti nana nak dia tak tahu lah kenapa mungkin dah lama kenal dan rapat sebab tu yang jadi begitu .Walaupun kadang-kadang kami ada masalah tapi kejap je dah ok .nana kalau rasa bersalah kat fatin pasti nana sedih .Nana harap sangat fatin akan jadi kawan nana sampai lah nana tiada didunia ni lagi ,Amin 
apa-apa pun kawan sampai mati hehe :)

Sebenarnya nana sedih sebab Tak balik minggu ni walaupun dapat cuti kejap rasa nak balik je ,sebab teringatkan kat family ,anak-anak buah ,dan nak jumpa kak mimie dan family  wah rindu kat diorang semua tapi tulah kalau nana balik sekarang nanti raya china macam mana pula duit pun bukan ye ada sangat tapi tak pelah insyaallah raya china boleh jumpa semua yang nana rindu .:)

ni lah fatin yang kat sebelah nana tu yang belah kanan :)

apa-apa pun nana sayang semuanya ,ini jelah dari nana untuk malam ini
ok lah selamat malam semua
assalamualaikum :)

Monday 21 January 2013

Assingment gila......

Assalamualaikum :)

hai semua dah lama nana tak update blog maafkan nana sebab senyap begitu je bukan apa sejak balik ke tempat belajar macam-macam dugaan yang nana tempuh sampai lah ke hari ni .hari ni nana nak cerita pengalaman nana dan kawan-kawan temubual orang awam ini sebenarnya nana mengkaji satu maklumat tentang laman sosial ,nana mencuba nasib di sekitar
 TASEK PKNS .

Mula-mula sampai je sana memang susah sangat nak cari responden sebab ramai yang tak nak nana faham kalau nana jadi diorang pun pasti nana tak nak ditemubual tapi nana buat semua ni disebabkan exam kalau tidak memang nana tak akan buat .Ha nana dapat seorang responden ,responden tu ok lah jugak jawab tapi nana ni jadi gagap pulak hehehe yela nana ni memang pemalu sikit tapi cuba kuatkan semangat walaupun tangan nana ni dah rasa macam ais dah sejuk dah hehehe lawak pun ada masa situasi tu hehe, selesai responden yang pertama .kawan nana cuba nak tegur pasangan suami isteri ni tapi dia cuba nak perlekehkan kami ,yang pilik ye dia kata dia seorang pensyarah tapi tajuk temubual nana dan kawan tak tahu nana rasa dia cuba nak mempebodohkan kami erm sepatutnya kalau dia seorang pensyarah dia patut tolong kami pasti dia faham situasi kami semua ni tapi sabar je lah itu jelah yang boleh.
Selepas tu rasa down sangat tapi nana cuba lagi tapi alhamdulilah nana dapat 4 orang responden tinggal lagi 12 responden yang nana kene dapatkan lagi. doakan nana berjaya yek sebab tugasan  ni  bukan biasa-biasa ini exam amali nana peliknya exam ni.Ha nana sempat tangkap gambar lagi , ni je yang nana dapat tangkap gambar dengan kawan-kawan :)
sempat lagi sebelum pergi tangkap gambar :)

macam-macam gaya pun ada :)

:)

itu jelah gambar yang nana boleh tunjukkan sampai disini saja 
cerita nana ok lah bye 
assalamualaikum.
:)

jom singgah sini