kawan-kawan nana

Sunday 21 September 2014

saya pilih awak

Assalamualaikum semua :)

hari ini tiba-tiba rasa nak baca novel semula kalau tidak malasnya nak baca ada je tak kena hehe dulu rajin sangat sampai pinjam kat kawan-kawan ni buku-buku novel yang menarik yang paling nana minat satu novel ni tajuk dia  tika rindu berlagu seronok sangat cerita dia memang tak jemu lah nak baca nana rasa dah 10 kali nana ulang baca cerita dia ni

                                                       
                                             ha ni muka kulit depan novel yang nana minat tu .


Tapi hari ni nana tak nak baca lah novel tu nana nak baca novel yang dah lama nana beli tapi tak baca lagi tak tahu lah seronok ke tak nana pakai beli je sebab nak habiskan BBIM yang nana dapat hari tu boucer buku adalah dalam RM 250 jadi lah sape nak bagi kan kiranya bersyukur sangat dapat boucer ni Alhamdulillah


  
  ha ni lah novel yang nana nak baca tu  harap-harap lah cerita ni menarik ok lah sampai disini lah cerita nana 
assalamualaikum :)


Saturday 20 September 2014

Bercuti !!!!

Assalamualaikum :)

Hai syok nya tengok orang pergi bercuti rasa nak sekarang jugak pergi bercuti tapi apa kan daya tak mampu buat masa sekarang ini kena tunggu waktu yang sesuai lah , asyik dengar je cerita kawan seronok pergi bercuti tak pelah yang penting sabar mana tahu rezeki akan tiba satu hari nanti . 

Ha tahun depan abang nana akan ke krabi wah syoknya,  rasa nak ikut sangat tapi bajet tak de lah nak ikut walaupun bajet semua sekali termasuk makan minum dan perjalanan pergi balik ke sana dalam  Rm 600 ringgit malaysia tapi nana tetap tak dapat nak ikut memang seronok sangat lagi2 nana tengok video klip destinasi percutian ke krabi memang syok,  kita akan rasa nak pergi sangat-sangat kat sana memang terbaik lah bagi nana kalau tak percaya cuba tengok video ni Destinasi bajet memang seronok sangat. 

Tapi terpaksa lah lupakan nak kesana tahun depan jugak seronok lah orang office nana mana yang dah kerja lama kat situ dapat travel di korea wah best gila lah, nana tak boleh ikut sebab ye baru je kerja lagi kan kena lah duduk dalam office tu nanti mesti boring tapi seronok kut hahaha tak de orang yang buat nana sakit hati hahaha . kalau diberi peluang dapat ikut bersama diorang ke korea nana tetap tak nak pergi jugak yelah rasa dalam malaysia ni pun nana tak pusing habis lagi akan lah nak pergi ye dok hahaha . biar lah rezeki diorang nana tak kisah pun 

harap-harap lah tahun hadapan ada rezeki untuk family nana pergi bercuti insya Allah nana nak belanja diorang masuk bukit merah saja seronok-seronok dah lama tak kuar bersama -bersama harap ada lah rezeki lebih untuk tahun depan . family nana ni ramai tau sebab tu lah kena kumpul duit untuk belanja diorang masuk situ hehe  ,erm walaupun mungkin tak jadi apa yang diimpikan untuk tahun hadapan nana tetap tabah untuk terima semua ni yang penting nana dapat gembirakan semua family nana harap-harap jadi untuk percutian untuk tahun hadapan 

Aamin :)

Menarik kan ? hehe

Assalamualaikum :)

Ha tadi masa nana tengah boring-boring  tak de kerja nak buat nana terbaca satu cerita ini memang menarik sangat bagi nana , ceritanya macam ini :)

Seorang Penulis Terkenal Memuji Cara Pasangan Ini Berkahwin. Saksikan Kenapa

Ini kisah perkahwinan yang jarang-jarang kita dengar.
Lazimnya, pada hari ini, orang teruja menceritakan kemegahan sesebuah majlis perkahwinan. Dengan pelamin, backdrop, pakaian, makanan dan goodie bag mahal-mahal, foto, videografer. Purata perbelanjaan perkahwinan secara purata adalah RM30 ribu sehingga RM40 ribu. Bagi yang lebih berkemampuan, perbelanjaannya adalah lebih dari itu.
Ada anak-anak muda yang baru bekerja terpaksa menanggung beban hutang dek kerana mahukan majlis perkahwinan yang meriah dan sempurna.
Ini berbeza buat keluarga Puan Aishah Rashid. Keluarga dan besan beliau amat memudahkan perkahwinan anak-anak mereka Ahmad Afif Zuhdi dan menantu Anis Sakinah.
Ikuti penulisan dan gambar-gambar beliau di bawah.
Tuan Shamsuddin Kadir memuji:
Semoga ramai memperoleh manfaat dari posting ini.
Salam tahniah kami ucapkan buat Tuan Afif Zuhdi dan Puan Anis Sakinah dan Puan Aishah Rashid sekeluarga.
Barakallahu Lakuma wa Baraka Alaikuma.

semoga pasangan pengantin ini diberkati oleh Allah yang maha esa :)
Aamin

Friday 19 September 2014

sabarlah wahai hati

Assalamualaikum

Erm entah lah hari ini nana rasa begitu sedih sampai orang office tanya kenapa dengan mata nana ,terpaksa lah nana menipu ,nana cakapkan lah kat diorang yang nana  sakit telinga semalam sampai tak boleh tidor ,sebenar nana boleh je tidor,  telinga ni memang lah sakit tapi tak de lah sampai tak boleh tidor , mata nana bengkak di sebabkan seseorang , tak sangka bila depan nana dia baik sangat lembut manis orang ye tapi tak sangka dia tak suka pada diri nana , nana tahu nana tak secantik yang sedap orang memandang tapi apa salah nana akan lah di sebabkan muka nana yang ada jerawat ni,  bukan nana mintak jerawat ni tumbuh di wajah nana erm , tapi paling nana terasa hati setiap kali bila tengah sembang dia tak akan fokus pun di mata nana , dia akan lihat muka nana dan juga pakaian nana , erm salah ke nana berbaju kurung dari dulu lagi nana memang suka pakai baju kurung mungkin dia bosan tengok nana kalau jumpa dia je mesti pakai baju kurung nana tak suka pakai seluar jalan pun memang image nana berbaju kurung apa salah ye, nana tahu dia cantik nana pun puji kecantikan dia memang cantik sangat  . tak pe lah rezeki dia kan .

Allah dah berikan muka nana macam ini jadi nana terima je dan bersyukur sangat terhadapNya ,Apa pun orang kata kena lah terima dan sabar,  sebab tu lah hari-hari kena bersabar jangan cepat melatah, tak perlu nak marah dah lumrah kehidupan kan  ,

tak pe lah nak buat macam mana kalau orang tak suka,  nana tak boleh paksa hati orang tu  suka kan nana jadi kena lah banyak kan sabar , tapi nana tak pernah berdendam terhadap dia mungkin semuanya salah nana ermm , Asalkan nana masih ada keluarga dan cinta hati nana yang sangat sayangkan nana syukur sangat dengan pemberian dariNya. Setiap hari nana akan senyum walaupun hati terluka biar Allah saja yang tahu apa yang nana rasa sekarang . :(



 

Wednesday 17 September 2014

Harap Ada Peluang Kedua

Assalamualaikum :(

Hari ini tension betul nana asyik fikir je sama ada nana nak pergi interview esok atau pun tak pada mulanya nana nak pergi interview ni tapi ermmmm . 
 ha ni antara sebabnya nana nak pergi interview ni :

1. nana dapat lah lari dari kerja yang nana sekarang yela hari-hari kena marah bukan salah nana pun mesti kena marah jugak biasa orang berpangkat tinggi ni ada je benda yang tak kena , dia ada masalah kita yang kena aduhai sabar je lah hari-hari kena sabar , masak air dia lah ,siram pokok lah semua nana dah buat itu pun tak bersyukur lagi ayah nana cakap " biasa lah tu cina komunis ni memang teruk sikit peragai diorang ni  "  jadi nana kena sabar lah biar lah dia marah macam mana pun, orang dalam office ni pun bukan suka dia pun diorang kata layankan je kerenah dia tu jadi nana layan je lah.

2. gaji yang di tawarkan oleh pihak syarikat yang nana nak interview ni lebih banyak dari gaji yang nana kerja sekarang ni, memang lah seronok macam- macam boleh nana kumpul dengan duit ni , bayar hutang  PTPK balik akan lah pandai pinjam je lepas tu tak pulangkan balik jadi kena lah bayar tapi nasib baik start bayar balik pada bulan november nanti sempat lah nana kumpul dan duit selebih ye nana kena kumpul duit kahwin juga hehe kumpul dari sekarang nanti senang betul tak :). 
tapi nana akan bagi juga duit bulanan kat mak dan ayah nana kecian diorang sudah banyak duit diorang keluarkan untuk nana dari kecik hingga lah kebesar ni . jadi kita kena balas jasa diorang jugak bukan balas dengan wang ringgit je kena balas dengan kasih sayang terhadap mereka dan macam-macam lagi  

3. syarikat yang tawarkan nana kerja tu  dekat lah jugak dari rumah nana boleh lah save minyak sikit sekarang ni nak save duit minyak pun tak boleh sabar je lah dugaan kan.   

 tapi mak nana macam berat hati nak bagi nana masuk syarikat tu yela nana kena menguruskan permit bangsa asing ,permantauan setiap pekerja ,dan macam-macam lagi mak nana risau takut terjadi sesuatu yang bukan kita sangkakan , bayangan lepas je mak nana solat asar terus je tanya nana '' kamu nak pergi ke nana " nana jadi hairan lah tak pernah-pernah mak nana risaukan perkara yang macam ni .erm bila mak nana dah macam tu kita mesti rasa tak sedap hati ,nana apa-apa pun mesti nana minta restu dari mak baru semua yang kita lakukan akan jadi sempurna. 

Jadi terpaksa lah batalkan interview esk Insya Allah mungkin ada rezeki lain kat luar sana hanya tunggu dan terus menunggu untuk panggilan temuduga yang seterusnya 
Aamin :)

Monday 15 September 2014

sedih bukannya kelemahan

Assalamualaikum :)

alahai lama ye tak update asal nak update je ada je tak kena hehe macam-macam perasaan hadir hehe tapi tak pe lah hari ni kena kuatkan semangat jugak nak menaip sebab dah tak tahu nak buat sejak dah kerja ni macam-macam tekanan yang datang sedih tu memang semestinya tapi nak buat cam mana kena tempuh jugak lah walaupun kadang-kadang menangis dalam hati . 



tapi tak pe lah InsyaAllah semua akan berakhir apabila kita benar-benar bersabar akan sesuatu yang terjadi bak kata cinta nana layankan je semua dugaan ni harap-harap semua dugaan yang datang harap semuanya berakhir dengan kegembiraan mungkin ada hikmah semua yang terjadi .:)

ha hari ni patut nya nana kerja tapi esk kan cuti jadi saja nak ambik cuti hari ni nak layan si kecil yang nakal ni hehe   


nampak kecik je tapi bila real ye memang bambam diorang ni hehe geram sangat dengan si kembar ni tapi bukan la kembar betul-betul lain mak lain ayah ni cuma beza 2 bulan je bila nana ada masalah diorang berdua ni lah yang buat nana happy seronok sangat biasa lah masa kecik la kita kacau-kacau si kecil ni hehe  . 




Dengan ke tujuh- tujuh anak buah nana ni nana harap-harap besar nanti  menjadi seorang insan yang berguna, soleh dan solehan  juga  berbakti kepada kedua-dua ayah dan ibu diorg 

Aamin :)

jom singgah sini