kawan-kawan nana

Sunday 3 November 2013

tumpang gembira

Assalamualaikum :)

Rasa seronok sangat orang yang nana sayang dah kawin nana pun tumpang gembira ,walaupun dalam kegembiraan nana ,nana sedih juga satu gambar pun nana tak de bersama akk mimie tengok orang lain bergambar rasa seronok je tapi tak pe lah mungkin tak de peluang janji nana dan family nana dapat memberikan yang terbaik pada majlis perkahwinan akk mimie Alhamdulilah syukur sangat semuanya dah selesai

Bahagia nana rasakan akk mimie dah lama tunggu saat ini ,nana tak nak akk mimie sedih lagi ,seronok rasanya tak tahu nak cakap macam mana dah. hari ni nana baru bagi hadiah semalam tak sempat nak bagi sebab penat sangat gan katering ayah nana ni .walaupun hadiah nana dan cinta nana bagi tak seberapa tapi nana harap akk mimie tak lupakan nana sebab nana sayang akk mimie  ,dah nana anggap macam kakak nana sendiri ,Ni hadiahnya bantal yang telah dilukis gambar pasangan ni
cantik tak hehe :)




 kak mimie dan abg najib 

nana harap akk mimie dan abg najib suka dari nana dan cinta nana .nana  dan cinta nana doakan semoga akk mimie dan abg najib bahagia selamanya ,dan kekal ke hujung nyawa.
Amin :)



Tuesday 15 October 2013

raya aidil adha

assalamualaikum :)

Selamat hari raya aidil adha  kawan-kawan ,rasa sayu je pagi-pagi dengar takbir raya .tapi yang buat nana seronok ada lembu depan rumah hehe garang lembu tu nana yang tengah sapu kat laman rumah dia nak sondoi ye nana hehe orang tumpang letak lembu tu sebab kat surau dah tak boleh letak tak de ruang untuk dia ,jadi kawasan rumah nana luas cikit  jadi orang kampung mintak tolong tumpangkan lembu tu best jugak tapi tak best dah lembu tu pun dah di bawa ke dewan untuk disembelihkan .

Raya kali ni tak semeriah mana pun tapi nana seronok jugak anak-anak buah nana semua ada dapat lah main gan diorang tak de lah bosan sangat .tak de sape datang rumahpagi dari pagi tadi hinga lah sekarang makanan banyak sangat hari ni , mungkin belah petang ada lah yang datang , yelah bukan semeriah raya puasa kan . Kat rumah nana macam-macam ada lemang tepung ,lemang pulut ,nasi impik gan kuah kacang ,kari ayam ,rendang daging pun ada 2 jenis satu buatan air tangan mak nana satu lagi buatan kakak ipar nana rendang ayam pahang ,ada soun masakan jawa kakak ipar nana buat hehe semua sedap gemuk lah nana lepas ni hehe.tapi yang paling nana suka rendang ayam mak nana best sangat-sangat.



meh lah datang umah nana hehe :)

raya tu raya lah juga tapi tak syok sebab cuti sehari je kan tapi tak pe lah nana cuti sehari pun bersama gan family nana jugak tapi kawan-kawan nana diorang partikal jauh dari family kesian diorang jangan sedih ye kawan-kawan .esok dah kena kerja sambung lah kerja-kerja mengecek kualiti barang tu lagi penat tapi syok kawan-kawan tempat kerja pun seronok ada diorang nana seronok lah cikit walaupun sesetengah ye orang kat situ yang kurang nak bercakap gan nana tapi nana terima je semua ni janji nana dapat laksanakan pratikal selama 6 bulan bersama dengan orang yang nana sayang :) eh cerita pasal pratikal pulak hehe sambung balik pasal raya ni  hehe .

Nana tak tahu nak pergi raya mana pun ,pergi rumah mak sedara pasti ramai orang yelah rumah maksu nana tu sentiasa penuh dengan orang  dari pukul 10.00 pagi tu sampai lah pkul 11.00 malam memang ramai sebab tu nana tak pergi  ,tengok lah petang karang kalau nana rajin hehe .nana seronok umah maksu nana tu tapi entah lah nana tak tahu lah sejak nana pergi belaja dari tahun 2009 sampai lah nana sambung lagi belaja sampai 2013 ni nana jadi kurang nak pergi rumah maksu nana tu walaupun nana nak sangat macam dulu tapi semua dah berubah orang-orang yang kat umah maksu nana tu pun dah berubah jugak sebab tu nana jadi malas nak pergi sana .insyaallah nana akan cuba rapat balik macam dulu .ok lah sampai ni cerita nana insyaallah nana ada masa nana cerita lagi :)


assalamualaikum

Sedih tapi redho

Assalamualaikum :)

Dah lama tak buka blog maaf ye kawan-kawan sebab sibuk cikit lepas habis belaja kena pratikal tapi sedihnya pratikal yang diimpikan tak sama yang dibayangkan sedih sangat dah lari kos nana kos komputer tapi kena jadi operator pengeluaran kira barang lah cek kualiti barang lah sedih ye tapi tak pe lah nasib baik pratikal sama tempat dengan orang yang tersayang hehe rasa dah ok cikit pratikal kat situ walaupun dah lari bidang x pe lah nak buat macam mana kan takdir nana dapat kesitu jadi redho jelah .

Rindu tak update blog kadang-kadang teringat jugak nak update tapi letih sangat kerja berdiri sampai tak duduk rasanya dari 8.30 tu sampai lah pukul 5.30 tapi kadang-kadang kena OT sebab banyak kerja kena buat , yang dapat duduk pun waktu rehat je tu pun kejap. nana ok je kena buat semua tu tapi selalu jugak nana terfikir kenapa lah tempat tu pilih nana dia tak baca bidang nana ke mungkin masa nana apply tempat pratikal tu orang office tu ingat nana sama kos gan orang yang nana sayang kut sebab kita orang apply sekali sedih ye rasa nana ingat nana akan duduk kat office rupanya kena jadi operator .walaupun nana dah cakap kat manager tu nana kos komputer alasan yang dia bagi tak ada komputer nak bagi nana dok office tak pe lah nana terima je semua ni :)
tapi

yang buat nana nak tergelak ye kasut safety boot yang pernah nana dapat masa 3 tahun yang lepas nana kena pakai rasa nak menjerit je nana tak suka ,nana pernah cakap nana tak akan pkai kasut ni .tapi kerja kat sini kena pakai memang kelakar dah lah besar kalau nana jalan asyik nak tercabut je hehe walaupun nana dah ikat ketat-ketat  tali kasut tu hehe tak pe lah 6 bulan je lepas tu insyaallah nana cuba cari kerja lain ataupun nak cuba buka kerja sendiri insyaallah kalau diberi peluang oleh yang maha esa .ok lah insyaallah nana akan cuba rajin buka blog lg :)

assalamualaikum....

Saturday 11 May 2013

Tunggu Detik-Detik yang dinantikan.... :)

Assalamualaikum :)

Lama ye nana tak update blog sibuk sangat sekarang lagi-lagi nak habis belaja kat sini (Adtec ShahAlam ) tapi tak pe tinggal berapa bulan je kat sini Alhamdulilah boleh lah hilangkan stress sem ni makin rasa banyak pulak tekanannya sabar je lah .walaupun rasa nak nangis tapi tahan je lah .tu dipanggil lumrah dalam pembelajaran, tapi  nasib baik ada kawan-kawan yang terbaik disamping nana kat sini.
Haaaaaa rasa tak sabar nak tunggu hari yang dinantikan hari bahagia kakak nana tinggal lagi 2 mingu lagi akan menjadi seorang isteri dan insyaallah menjadi seorang ibu rasa seronok sangat sebab macam tak percaya kakak nana tu akan kawin hehehe.tinggal lah nana sorang yang belum kawin dalam keluarga ha sedih ye takde lah kawan lepas ni nak gaduh2 bak kata abang-abang nana kita orang ni dah macam anjing gan kucing hehe pantang jumpa mesti gaduh hehe kelakar betul walaupun kitaorang ni kuat gaduh sebenarnya gaduh-gaduh sayang nana sayang dengan kakak nana dia lah sorang kakak yang nana ada .Tapi tak pe asalkan kakak nana bahagia dengan insan yang disayangi .nana akan sentiasa doakan diorang dipanjangkan jodoh .
Amin.....

Bayangkan kakak dan abang ipar naik motor 
macam ni mesti kelakar hehe
 
Rasaye kalau balik nanti mesti nana asyik kena ni gan orang kampung bila pulak nak kawin itu mesti diorang tanya lah biasa lah anak manja ayah hehe .kakak nana tu tak selalu gan ayah nana je selalu dengan ayah habis lah rasa nak lari je kalau makcik-makcik dengan pakcik-pakcik tu nanti tanya .hehe kelakar betul lah orang kampung nana ni sibuk je hehe .hari tu masa tolong ayah buat katering kat kampung tu pun asyik tanya je eii  geram tapi nana tak kesah nana gelak je hehe .sebab nana pasti akan jawab tanya lah ayah hehe .lagi pun ayah nana ni faham nana dah ada teman yang tersayang .hehe..
Sebenarnya nana tengah takut ni kena jadi pengapit kakak nana ha aduh habis lah malu betul tapi tu lah kena berani kan jugak tapi nana harap ada kawan kakak nana tu nak offer jadi pengapit dia lagi bagus baru best nana nak buat keje yang lain hehe .harap-harap lah tak jadi pengapit nanti hehe 
sampai disini je lah cerita nana hehe .nanti gambar kawin kakak nana insyaallah nana masukkan kat dalam blog ni tgu yek hehe .
ok assalamualaikum :)




Saturday 16 February 2013

Sunyi yeeeee.....

Assalamualaikum 

Hari ini memang hari yang sunyi bagi nana sebab kawan-kawan nana dalam bilik tak de ,ada yang pergi kem dan ada juga yang balik tapi tak pe lah nana faham nana tak kisah masing-masing ada hal ,hari ini juga pertama kali nana tidor sorang sebelum ini nana tak pernah tinggal sorang selalunya berteman hehe maklum lah penakut sikit biasa lah kat sini tempat dia keras sikit lagi-lagi dekat kawasan kilang sebab tu kut banyak cik H(hantu )hehe. tak pe lah insyaallah benda tu tak kacau .yang penting ALLAH selalu bersama kita ,jadi doa yang terbaik untuk malam ini. 

hai sunyi ye tapi walaupun sunyi hati  nana ni tetap happy sebab dapat mesej gan orang yang tersayang .kalau tak mesej habis lah nana pasti bosan sebab tu subuh-subuh lagi nana gerak orang yang nana sayang ni nasib baik cepat  cik abang nana ni bagun awal kalau tidak nana tak tahu nak buat apa..Pagi ni nana terpaksa pergi ke dewan untuk dapatkn line wifi  ,tapi yang penting nak update blog dulu hehe .saja suka-suka tengah masa lapang ni lah boleh update .hari ni tiba-tiba je rindu nak p cameron lagi walaupun tahun lepas dah pergi tahun ni rasa nak p lagi kat sana tenang sangat penuh gan hijau lepas tu angin kat sana kuat sangat rasa ye kalau orang yang kurus sangat boleh terbang kut hehe tak de lah nana gurau je tak de ye sampai terbang hehe .sejuk sangat kat sana waktu nana pergi tu walaupun ada tempat yang tak bukak tapi tetap seronok sebab dapat tengok bunga yang bermacam-macam jenis yang paling best ye nana dapat petik strawberi best ye .terima kasih kat kak mimie dan jugak encik tunang ye hehee .eh terlupa pulak kat cik abang nana ni sebab nak sangat nana pergi cameron hari tu terima kasih sangat nana dapat juga merasa pergi ke situ kalau tidak bila lah nana dapat merasa pergi tempat yang secantik tu .insyaallah satu hari nanti dapat lah nana jejak ke situ lagi .AMIN hehe 

itu je lah cerita nana untuk hari ni nanti bila nana free lagi nana akan update lagi insyaallah 
assalamualaikum :)

Tuesday 29 January 2013

strees....

Assalamualaikum 
:(
Hari ni pertama kali nana tak tidor sampai pagi ,nana pun macam tak percaya je ah sakit kepala nana fikirkan pasal laporan yang nana kena buat .Nana ingatkan kumpulan nana tolong siapkan rupanya tidak diorang semua mengharapkan nana sorang yang buat sedih betul nana sampai dah give up dah erm tapi nana kuatkan jugak semangat nana .insyaallah malam ni nana siapkan jugak harap-harap begitu lah 

Bagi nana memang tak adil pihak adtec ni buat kumpulan bagi setiap pelajar yang telah ditetapkan ,nana tak marah sangat cuma bagi lah nana peluang untuk pilih ahli kumpulan nana sendiri ,ini tidak dapat kumpulan yang susah nak buat kerja semua mengharapkan nana ,memang nana ni lembut tapi jangan mengunakan kelembutan nana ni sebagai satu kepetingan diorang fikir lah nana jugak nana ni ada hati dan perasaan tapi diorang tak fikir pasal tu pun ,

sedih sangat hai nasib nana memang cam ni kut dari tempat belaja yang lama pun sama je ,bila lah nak berakhir nana harap lepas belajar ni dapat lah nasib yang lebih baik insyaallah .itu saja untuk malam ni selamat malam semua 
 

Sunday 27 January 2013

SEGMEN : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum :)

hari ini nana nak join segmen dari kakak mimie ni nana sebenarnya lama dah tak join segmen apa-apa pun  tahun baru ini hari ini rasa terdetik hati nak join segmen akk mimie ni walaupun tak berapa pandai  nak join tapi nana tetap nak join hehehee..

harap lagi ramai lah join segmen akk mimie ni
:)


Nama sebenar :Nor Farhana Binti Abdul Wahid
tarikh lahir: 30 /03/1992

Tuesday 22 January 2013

Sedihnye..... tapi ok hehe

Assalamualaikum:)

hai semua nana rasa bosan sangat ni tak tahu nak buat apa orang yang nana sayang hari ini dia penat tak pelah nana tak kesah sebab nana dah faham sangat kat dia jadi nana bagi sayang nana ni rehat dan tidor sebab sayang nana ni cepat sangat tidor kadang-kadang pukul 10 dah tidor pilik kan selalunya perempuan yang tidor cepat ini lelaki hehehe apa-apa pun nak dah memahami sayang nana ni.sebab itu jadinya nana  bosan lah sorang-sorang ini ,kawan-kawan yang lain semua ada perjumpaan tinggal lah nana gan best friend  nana ni nama dia fatin mahira  

Nana sayang sangat kat fatin ni ,dia yang banyak memahami nana kat sini (adtec) kalau nana sedih pasti nana nak dia tak tahu lah kenapa mungkin dah lama kenal dan rapat sebab tu yang jadi begitu .Walaupun kadang-kadang kami ada masalah tapi kejap je dah ok .nana kalau rasa bersalah kat fatin pasti nana sedih .Nana harap sangat fatin akan jadi kawan nana sampai lah nana tiada didunia ni lagi ,Amin 
apa-apa pun kawan sampai mati hehe :)

Sebenarnya nana sedih sebab Tak balik minggu ni walaupun dapat cuti kejap rasa nak balik je ,sebab teringatkan kat family ,anak-anak buah ,dan nak jumpa kak mimie dan family  wah rindu kat diorang semua tapi tulah kalau nana balik sekarang nanti raya china macam mana pula duit pun bukan ye ada sangat tapi tak pelah insyaallah raya china boleh jumpa semua yang nana rindu .:)

ni lah fatin yang kat sebelah nana tu yang belah kanan :)

apa-apa pun nana sayang semuanya ,ini jelah dari nana untuk malam ini
ok lah selamat malam semua
assalamualaikum :)

Monday 21 January 2013

Assingment gila......

Assalamualaikum :)

hai semua dah lama nana tak update blog maafkan nana sebab senyap begitu je bukan apa sejak balik ke tempat belajar macam-macam dugaan yang nana tempuh sampai lah ke hari ni .hari ni nana nak cerita pengalaman nana dan kawan-kawan temubual orang awam ini sebenarnya nana mengkaji satu maklumat tentang laman sosial ,nana mencuba nasib di sekitar
 TASEK PKNS .

Mula-mula sampai je sana memang susah sangat nak cari responden sebab ramai yang tak nak nana faham kalau nana jadi diorang pun pasti nana tak nak ditemubual tapi nana buat semua ni disebabkan exam kalau tidak memang nana tak akan buat .Ha nana dapat seorang responden ,responden tu ok lah jugak jawab tapi nana ni jadi gagap pulak hehehe yela nana ni memang pemalu sikit tapi cuba kuatkan semangat walaupun tangan nana ni dah rasa macam ais dah sejuk dah hehehe lawak pun ada masa situasi tu hehe, selesai responden yang pertama .kawan nana cuba nak tegur pasangan suami isteri ni tapi dia cuba nak perlekehkan kami ,yang pilik ye dia kata dia seorang pensyarah tapi tajuk temubual nana dan kawan tak tahu nana rasa dia cuba nak mempebodohkan kami erm sepatutnya kalau dia seorang pensyarah dia patut tolong kami pasti dia faham situasi kami semua ni tapi sabar je lah itu jelah yang boleh.
Selepas tu rasa down sangat tapi nana cuba lagi tapi alhamdulilah nana dapat 4 orang responden tinggal lagi 12 responden yang nana kene dapatkan lagi. doakan nana berjaya yek sebab tugasan  ni  bukan biasa-biasa ini exam amali nana peliknya exam ni.Ha nana sempat tangkap gambar lagi , ni je yang nana dapat tangkap gambar dengan kawan-kawan :)
sempat lagi sebelum pergi tangkap gambar :)

macam-macam gaya pun ada :)

:)

itu jelah gambar yang nana boleh tunjukkan sampai disini saja 
cerita nana ok lah bye 
assalamualaikum.
:)

jom singgah sini