kawan-kawan nana

Showing posts with label Intro. Show all posts
Showing posts with label Intro. Show all posts

Wednesday, 14 October 2015

Aduhai WAZE !!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum :)

Wah lama sangat tak update blog rasa rindu pulak ini pun tak de buat apa jadi kita story lah apa yang jadi beberapa hari yang lepas kan .ok tengok tajuk pun pasal WAZE ok sebelum nak cerita pasal WAZE ini kita story dulu macam mana boleh terjadi nak pakai WAZE .

Ok macam ni cerita sabtu yang lepas sepatutnya nana akan teman kak mimie untuk ke kuala lumpur untuk menjaga zahra anaknya  sebabnya kak mimie kena hadir dalam satu majlis nana tak arif nak cerita pasal majlis tu tapi kalau  nak tahu cerita yang lebih lanjut boleh pergi blog kak mimie klik disini .lepas tu hari sabtu tu nana memang tak sangka nana tak dapat teman kak mimie disebabkan hal yang tak dapat dielakkan jadi nana cadang nak datang hari ahad kerumah kawan kak mimie tu supaya boleh lah nana jaga zahra . tapi bila nana cakap kat cinta nana adik kepada kak mimie dia tak kasi nana naik bus jadi dia kata dia nak hantar nana kesana dan dia akan tunggu kak mimie habis majlis dan bawak balik ke ipoh sebab kecian kalau esok harinya zahra nak naik bus dia kecik lagi jadi pakciknya sanggup tunggu dan bawak balik ke ipoh .

Hari Ahad yang nak pergi ke kuala lumpur tu kami gerak lambat sikit dalam pkul 3 cam tu sebabnya tunggu cinta nana ni habis niaga kat lorkin, tu yang lambat sebab lorkin habis pukul 12 jadi kemas-kemas barang lagi  memang  lambat lah kan  . ok gerak je nasib baik lah kawan cinta nana ni follow sekali yela sat lagi malam kan nak gerak balik ke ipoh semula  takut cinta hati nana ni mengantuk boleh lah tukar-tukar drive kan . Dari ipoh ke rawang ok je jalan tapi tiba-tiba lepas tu hujan dengan lebatnya sampai tak nampak jalan aduhai memang risau sangat lah tapi nasib baik bila masuk ke jalan duta hujan tak lebat sangat . 



Ha pasal WAZE ni kami bertiga memang masing-masing ada aplikasi WAZE ni tapi aduhai mula-mula nak pakai tab kawan cinta nana tu tapi bateri dia habis pulak memang tak dapat lah guna ,jadi pakai lah tab cinta nana mula-mula ok tapi bila sampai sg.buluh bateri dia pun nak habis jugak last sekali pilihan pakai lah fon nana ni setting dalam WAZE tu mula-mula ok je tapi bila dalam perjalanan asyik hilang je arah jalan yang nak di tuju asyik kareta yang dipandu tu macam jalan atas awan je putih je .kami bertiga memang risau lah takut sesat yela tahu lah jalan KL tu memang la pernah pergi tapi jalannya faham-faham jelakan . masa tu memang tak tahu nak buat apa dah jadi terpaksa lah coll Ciksu (kawan blogger kak mimie  ) untuk mintak jalan nak kerumahnya memang membantu arah yang ciksu kasi tu, tapi kawan cinta nana ni dia nak jugak pakai WAZE jadi pakai lah tab cinta nana yang tingal 10% baterinya hihihihi dan akhirnya sampai jugak lokasi yang ingin dituju tu syukur sangat .

Yang buat nana geram kenapa lah WAZE ni kan fon biasa tak boleh kenapa nak jugak tab tu geram betul hihihi tak pe lah jimat lah bateri fon nana jugak kan  hihihi .Tapi yang peliknya sebelum ni nana pakai ok je tak tahu lah kenapa hari yang perlu guna WAZE ni tiba-tiba tak boleh mungkin internet fon nana  tak kuat masa tu fikir positive je lah kan hihihi ok lah nanti sambung cerita lagi 

Assalamualaikum :)

Sunday, 21 September 2014

saya pilih awak

Assalamualaikum semua :)

hari ini tiba-tiba rasa nak baca novel semula kalau tidak malasnya nak baca ada je tak kena hehe dulu rajin sangat sampai pinjam kat kawan-kawan ni buku-buku novel yang menarik yang paling nana minat satu novel ni tajuk dia  tika rindu berlagu seronok sangat cerita dia memang tak jemu lah nak baca nana rasa dah 10 kali nana ulang baca cerita dia ni

                                                       
                                             ha ni muka kulit depan novel yang nana minat tu .


Tapi hari ni nana tak nak baca lah novel tu nana nak baca novel yang dah lama nana beli tapi tak baca lagi tak tahu lah seronok ke tak nana pakai beli je sebab nak habiskan BBIM yang nana dapat hari tu boucer buku adalah dalam RM 250 jadi lah sape nak bagi kan kiranya bersyukur sangat dapat boucer ni Alhamdulillah


  
  ha ni lah novel yang nana nak baca tu  harap-harap lah cerita ni menarik ok lah sampai disini lah cerita nana 
assalamualaikum :)


Saturday, 20 September 2014

Menarik kan ? hehe

Assalamualaikum :)

Ha tadi masa nana tengah boring-boring  tak de kerja nak buat nana terbaca satu cerita ini memang menarik sangat bagi nana , ceritanya macam ini :)

Seorang Penulis Terkenal Memuji Cara Pasangan Ini Berkahwin. Saksikan Kenapa

Ini kisah perkahwinan yang jarang-jarang kita dengar.
Lazimnya, pada hari ini, orang teruja menceritakan kemegahan sesebuah majlis perkahwinan. Dengan pelamin, backdrop, pakaian, makanan dan goodie bag mahal-mahal, foto, videografer. Purata perbelanjaan perkahwinan secara purata adalah RM30 ribu sehingga RM40 ribu. Bagi yang lebih berkemampuan, perbelanjaannya adalah lebih dari itu.
Ada anak-anak muda yang baru bekerja terpaksa menanggung beban hutang dek kerana mahukan majlis perkahwinan yang meriah dan sempurna.
Ini berbeza buat keluarga Puan Aishah Rashid. Keluarga dan besan beliau amat memudahkan perkahwinan anak-anak mereka Ahmad Afif Zuhdi dan menantu Anis Sakinah.
Ikuti penulisan dan gambar-gambar beliau di bawah.
Tuan Shamsuddin Kadir memuji:
Semoga ramai memperoleh manfaat dari posting ini.
Salam tahniah kami ucapkan buat Tuan Afif Zuhdi dan Puan Anis Sakinah dan Puan Aishah Rashid sekeluarga.
Barakallahu Lakuma wa Baraka Alaikuma.

semoga pasangan pengantin ini diberkati oleh Allah yang maha esa :)
Aamin

Friday, 19 September 2014

sabarlah wahai hati

Assalamualaikum

Erm entah lah hari ini nana rasa begitu sedih sampai orang office tanya kenapa dengan mata nana ,terpaksa lah nana menipu ,nana cakapkan lah kat diorang yang nana  sakit telinga semalam sampai tak boleh tidor ,sebenar nana boleh je tidor,  telinga ni memang lah sakit tapi tak de lah sampai tak boleh tidor , mata nana bengkak di sebabkan seseorang , tak sangka bila depan nana dia baik sangat lembut manis orang ye tapi tak sangka dia tak suka pada diri nana , nana tahu nana tak secantik yang sedap orang memandang tapi apa salah nana akan lah di sebabkan muka nana yang ada jerawat ni,  bukan nana mintak jerawat ni tumbuh di wajah nana erm , tapi paling nana terasa hati setiap kali bila tengah sembang dia tak akan fokus pun di mata nana , dia akan lihat muka nana dan juga pakaian nana , erm salah ke nana berbaju kurung dari dulu lagi nana memang suka pakai baju kurung mungkin dia bosan tengok nana kalau jumpa dia je mesti pakai baju kurung nana tak suka pakai seluar jalan pun memang image nana berbaju kurung apa salah ye, nana tahu dia cantik nana pun puji kecantikan dia memang cantik sangat  . tak pe lah rezeki dia kan .

Allah dah berikan muka nana macam ini jadi nana terima je dan bersyukur sangat terhadapNya ,Apa pun orang kata kena lah terima dan sabar,  sebab tu lah hari-hari kena bersabar jangan cepat melatah, tak perlu nak marah dah lumrah kehidupan kan  ,

tak pe lah nak buat macam mana kalau orang tak suka,  nana tak boleh paksa hati orang tu  suka kan nana jadi kena lah banyak kan sabar , tapi nana tak pernah berdendam terhadap dia mungkin semuanya salah nana ermm , Asalkan nana masih ada keluarga dan cinta hati nana yang sangat sayangkan nana syukur sangat dengan pemberian dariNya. Setiap hari nana akan senyum walaupun hati terluka biar Allah saja yang tahu apa yang nana rasa sekarang . :(



 

Friday, 28 March 2014

Alam perkerjaan :)

ALAM PERKERJAAN !!!!!!!!!



hehehe nana dah habis pratikal ni kena cari kerja tapi sekarang kan susah cari kerja hehe tapi itu lah bidang nana ni susah sikit nak cari tapi tak pe lah selagi usaha dan kudrat masih ada kita kena berusaha kerja kat mana2 pun ada kan nana tak kesah kerja apa pun boleh nana jenis tak kesah . Yang penting nana dapat tolong mak dan ayah nana ,nana tak nak diorang susah hati fikir pasal bil-bil yang perlu di bayar lepas ni kalau nana dah kerja boleh lah nana tolong bayar kan .  

Kawan -kawan nana semua ajak kerja di shah alam tapi nana tak nak sebab jauh dari keluarga bukan nana nak bermanja tapi family nana bukan senang ayah nana pulak sakit kencing manis  hari2 kena suntik ayah nana tak nak orang lain suntik sebab sakit ,nana je ayah nana nak sebab katanya nana suntik tak sakit hehe tak pe ayah nak manja-manja lah tu hehe lagi pun nana tak kesah memang nana dok sini nak jaga ayah 

Lagi pun dalam masa yang sama nana nak kumpul duit kahwin dengan duit nak bukak kedai sendiri  . ha nana ni gatai nak kawin cepat hehehe biar lah orang nak kata apa janji perkahwinan tu adalah suatu kewajipan nana sebenarnya tak nak kawan lama-lama kalau kawin tu kan lebih manis , lagi pun nana tak nak ikut adat sangat ,bila ikut adat ni ada je masalah berhutang lah kena bayar itu lah ini lah kan kesian kat family kita ni .Apa perkawinan ni sekali seumur hidup tu yang nak meriah tapi bagi nana kan baik kalau hidup bila sudah kawin anak ramai ada kewangan pun terjamin kan itu lebih meriah hehe .wah macam berpengalaman pulak nana ni  haha sebenarnya nana tengok macam mana abang2 nana dalam hidup berkeluarga happy sangat sebab tu nana nak jadi macam diorang pandai berdikari setelah berkahwin .

Pasal nak buka kedai tu, itu kalau dah jadi buka baru boleh cerita hehe tapi sekarang ni apa yang paling penting kena kumpul duit hehe  ,kehidupan memerlukan kasih sayang tapi pada yang sama duit untuk menyara kehidupan :)

ok lah bye assalamualaikum 




Wednesday, 26 March 2014

My BFF Forever

Assalamualaikum 

Dah lama nana tak update blog bukan apa sibuk sekarang hai tak pe lah hari ni saja nak update kenangan nana bersama kawan-kawan nana pada 24.03.2012 masa tu nana hantar buku log yang menandakan nana ni habis pratikal dan jayakan di ploma teknologi komputer sistem yeeee hehe tapi tak boleh suka sangat sebabnya susah nak cari kerja sekarang  ,sekarang ni pun tengah mencari insyaallah kalau rezeki tu tak kemana kan :)

ha sepanjang 24.3 ni hinga lah 25.3 ni nana meluangkan masa dengan kawan-kawan hehe best sangat dengan diorang tak tahu bila akan jumpa semula rasa sedih sangat masa nak hantar diorang ke stesen karetapi pagi tadi pun rasa sedih je yelah banyak kenangan nana bersama diorang ,erm tapi yang paling sedih kawan yang terbaik nana tak ada sekali bila lah fatin mahirah nak kesini hehe dia lah sahabat yang faham nana memahami nana segala-galanya terima kasih sangat :)

Ni cinta nana terima kasih sebab tolong hantar nana kemana saja :)

Ni pulak gambr bff nana sayang korang :)

masa ni kami kat ict ipoh hehe :)

saja nak bergambar hehe yela
 bila lagi nak jumpa diorang kan 


masa pergi makan kat nasi ayam utara
kat plaza alam sentrel best sangat bila dapat rasa nasi ayam yang sedap tu lagi hehe ,ha yang baju kuning tu ,itu lah bff nana yang paling the best hehe dia tak datang ipoh sebab ye hehe kena faham2 lah ada abang hehe :) semoga kekal sampai bila2 tak sabar ni nak makan nasi minyak hehe cepat lah fatin


Ha diorang ni kawan je tapi lelaki ni namanya ye bob dia sayang kan kawan nana ni sampai sekarang tetap menungu kawan nana ni erm kawan nana ni pulak tak nampak betapa bob ni tunggu dia sampai sekarang tapi nana doakan supaya diorang ni adalah jodoh bersama insyaallah
doa2 kan ye hehe kesian tau dah 4 tahun menungu kawan nana ni hehe :)

ok lah sampai di sini je ok
asslamualaikum :)

Hidup berkira tak kemana ?

Assalamualaikum :(

Ermm nana nak cerita kisah seorang kawan nana yang mementingkan diri sendiri nana tak faham dengan sikap dia yang terlalu mendesak terlalu menyusahkan hidup orang lain . nana tak sangka pulak peragai dia yang sebegitu hai nana bukan nak mengukit tapi kisah lama yang dulu nana dah maafkan dia tapi sekarang ni dia banyak membuatkan hati nana sakit sampai rasa nak menangis erm 

kisahnya bermula pasal nak hantar buku log di Adtec shah alam erm dia mintak nana tumpangkan dia jadi nana pun bagi tahu kan cinta nana ,mulanya cinta nana tak nak dia kata masa kat sekolah orang ramai tak suka dia tapi bagi nana x pe lah benda tu kan dah berlalu jadi nana tumpangkan dia ,nana tanyakan dia boleh ke tak kongsi duit RM50 seorang pergi balik mulanya dia kata tak de duit jadi dia nak pinjam kat mak dia nana cakap lah kalau tak boleh tak pe lah nana faham ,tapi dia kata boleh ok lah nana save lah sikit sebab nana yang tanggung keselurahan duit minyak kareta dengan duit tol 

Lepas tu cinta nana ubah plan katanya lepas ke adtec shah alam kita terus ke adtec melaka ,nana pun bagi tahu dia ni sebab tak nak fmily dia risau kalau balik lambat tapi rupanya erm dia mintak nana hantarkan ke stesen karetapi yang berdekatan bukan tak boleh tapi dia tak fikir ke urusan kat adtec shah alam berapa lama ,nana nak jumpa puan kesayangan nana lagi ,banyak yang nana nak buat pergi ke adtec melaka bukan dekat jauh sekarang musim cuti lagi lah jem kat seremban tu nana bukan tak pernah rasa ,pernah sampai rasa nak muntah tunggu dalam kareta dengan lamanya tapi dia tak fikir ,terus mendesak nana kata tak boleh janji ,tapi nana cuba hantar dia tapi ambik lah tiket yang last erm ,tetapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dia pergi ambil tiket pukul 4 lebih erm masa tu nana rasa lah baru sampai adtec melaka dia tak fikir ke dia menumpang jadi ikut lah cara kami erm  

Lepas tu nana bagi nasihat kat dia jangan buat macam ni sebab terlalu mendesak dan membuat orang sakit hati untuk kebaikan dia juga tapi KAKAK dia bagi mesej kat nana peee memang nana rasa geram sangat ye lah dia membela adik dia yang tak betul caranya ,nana tahu diorang orang senang tapi jangan menyusahkan orang fikir lah orang tu sikit nana bukan dari family yang senang .

kakak dia boleh kata pulak dia tak kerja lagi masih mintak duit kat mak lagi (tapi nana pun tak kerja lagi duit pratikal nana habis nak pergi ke shah alam ni je ) erm kemudian kakak dia kata nana dah kata ok nak hantar  dia (tapi yang pelik ye bila pulak nana kata ok nana kata tak janji lagi takut masa tu tak sempat ) erm lepas tu kakak dia kata dapat pahala tau tolong orang dan anak yatim (la tak baik tau kita bila nak mintak tolong orang mengunakan perkataan anak yatim nana faham tapi hidup dia kaya kakak2 dia semua berkerjaya erm peguam lah macam2  dapat bantuan lagi dia dah dewasa kena fikir melainkan dia budak lagi  dan kawan nana yang paling baik tak de pun dia kata dia anak yatim sebab dia pandai berfikir ) yang paling nana geram dia kata nana berkira sangat pasal duit RM50 tu yaAllah kan nana kata boleh ke tak tapi dia kata boleh erm nana kena pulak sedih betul nana dia kata hidup berkira ni tak kemana .

Ha pasal hidup berkira tak kemana tu yang  kakak dia cakap kat nana, bagi nana selagi Allah yang menghidupkan nana ,nana akan usaha demi apa-apa pun prinsip nana tak nak menyusahkan orang lain kalau nana memerlukan pertolongan sekali pun nana tanya kat orang tu boleh ke tidak ,sekali dia kata tak boleh jangan kita terus mendesak mungkin dia ada sebab tersendiri ,lagi pun kita kan ada family ,family yang paling dekat dengan kita pun bagi nana kita jangan menyusahkan orang ye usaha selagi kudrat masih ada :)


Ni hadiah yang nana tempah untuk dia sebelum 24.3 tapi dah jadi cam ni 
nana tahu nak buat apa , bagi kat dia ke tak erm entah lah susuh rasanya 

ok lah nanti nana sambung cerita ni balik insyallah 
ok lah assalamualaikum 

Sunday, 3 November 2013

tumpang gembira

Assalamualaikum :)

Rasa seronok sangat orang yang nana sayang dah kawin nana pun tumpang gembira ,walaupun dalam kegembiraan nana ,nana sedih juga satu gambar pun nana tak de bersama akk mimie tengok orang lain bergambar rasa seronok je tapi tak pe lah mungkin tak de peluang janji nana dan family nana dapat memberikan yang terbaik pada majlis perkahwinan akk mimie Alhamdulilah syukur sangat semuanya dah selesai

Bahagia nana rasakan akk mimie dah lama tunggu saat ini ,nana tak nak akk mimie sedih lagi ,seronok rasanya tak tahu nak cakap macam mana dah. hari ni nana baru bagi hadiah semalam tak sempat nak bagi sebab penat sangat gan katering ayah nana ni .walaupun hadiah nana dan cinta nana bagi tak seberapa tapi nana harap akk mimie tak lupakan nana sebab nana sayang akk mimie  ,dah nana anggap macam kakak nana sendiri ,Ni hadiahnya bantal yang telah dilukis gambar pasangan ni
cantik tak hehe :)




 kak mimie dan abg najib 

nana harap akk mimie dan abg najib suka dari nana dan cinta nana .nana  dan cinta nana doakan semoga akk mimie dan abg najib bahagia selamanya ,dan kekal ke hujung nyawa.
Amin :)



Tuesday, 15 October 2013

raya aidil adha

assalamualaikum :)

Selamat hari raya aidil adha  kawan-kawan ,rasa sayu je pagi-pagi dengar takbir raya .tapi yang buat nana seronok ada lembu depan rumah hehe garang lembu tu nana yang tengah sapu kat laman rumah dia nak sondoi ye nana hehe orang tumpang letak lembu tu sebab kat surau dah tak boleh letak tak de ruang untuk dia ,jadi kawasan rumah nana luas cikit  jadi orang kampung mintak tolong tumpangkan lembu tu best jugak tapi tak best dah lembu tu pun dah di bawa ke dewan untuk disembelihkan .

Raya kali ni tak semeriah mana pun tapi nana seronok jugak anak-anak buah nana semua ada dapat lah main gan diorang tak de lah bosan sangat .tak de sape datang rumahpagi dari pagi tadi hinga lah sekarang makanan banyak sangat hari ni , mungkin belah petang ada lah yang datang , yelah bukan semeriah raya puasa kan . Kat rumah nana macam-macam ada lemang tepung ,lemang pulut ,nasi impik gan kuah kacang ,kari ayam ,rendang daging pun ada 2 jenis satu buatan air tangan mak nana satu lagi buatan kakak ipar nana rendang ayam pahang ,ada soun masakan jawa kakak ipar nana buat hehe semua sedap gemuk lah nana lepas ni hehe.tapi yang paling nana suka rendang ayam mak nana best sangat-sangat.



meh lah datang umah nana hehe :)

raya tu raya lah juga tapi tak syok sebab cuti sehari je kan tapi tak pe lah nana cuti sehari pun bersama gan family nana jugak tapi kawan-kawan nana diorang partikal jauh dari family kesian diorang jangan sedih ye kawan-kawan .esok dah kena kerja sambung lah kerja-kerja mengecek kualiti barang tu lagi penat tapi syok kawan-kawan tempat kerja pun seronok ada diorang nana seronok lah cikit walaupun sesetengah ye orang kat situ yang kurang nak bercakap gan nana tapi nana terima je semua ni janji nana dapat laksanakan pratikal selama 6 bulan bersama dengan orang yang nana sayang :) eh cerita pasal pratikal pulak hehe sambung balik pasal raya ni  hehe .

Nana tak tahu nak pergi raya mana pun ,pergi rumah mak sedara pasti ramai orang yelah rumah maksu nana tu sentiasa penuh dengan orang  dari pukul 10.00 pagi tu sampai lah pkul 11.00 malam memang ramai sebab tu nana tak pergi  ,tengok lah petang karang kalau nana rajin hehe .nana seronok umah maksu nana tu tapi entah lah nana tak tahu lah sejak nana pergi belaja dari tahun 2009 sampai lah nana sambung lagi belaja sampai 2013 ni nana jadi kurang nak pergi rumah maksu nana tu walaupun nana nak sangat macam dulu tapi semua dah berubah orang-orang yang kat umah maksu nana tu pun dah berubah jugak sebab tu nana jadi malas nak pergi sana .insyaallah nana akan cuba rapat balik macam dulu .ok lah sampai ni cerita nana insyaallah nana ada masa nana cerita lagi :)


assalamualaikum

Sedih tapi redho

Assalamualaikum :)

Dah lama tak buka blog maaf ye kawan-kawan sebab sibuk cikit lepas habis belaja kena pratikal tapi sedihnya pratikal yang diimpikan tak sama yang dibayangkan sedih sangat dah lari kos nana kos komputer tapi kena jadi operator pengeluaran kira barang lah cek kualiti barang lah sedih ye tapi tak pe lah nasib baik pratikal sama tempat dengan orang yang tersayang hehe rasa dah ok cikit pratikal kat situ walaupun dah lari bidang x pe lah nak buat macam mana kan takdir nana dapat kesitu jadi redho jelah .

Rindu tak update blog kadang-kadang teringat jugak nak update tapi letih sangat kerja berdiri sampai tak duduk rasanya dari 8.30 tu sampai lah pukul 5.30 tapi kadang-kadang kena OT sebab banyak kerja kena buat , yang dapat duduk pun waktu rehat je tu pun kejap. nana ok je kena buat semua tu tapi selalu jugak nana terfikir kenapa lah tempat tu pilih nana dia tak baca bidang nana ke mungkin masa nana apply tempat pratikal tu orang office tu ingat nana sama kos gan orang yang nana sayang kut sebab kita orang apply sekali sedih ye rasa nana ingat nana akan duduk kat office rupanya kena jadi operator .walaupun nana dah cakap kat manager tu nana kos komputer alasan yang dia bagi tak ada komputer nak bagi nana dok office tak pe lah nana terima je semua ni :)
tapi

yang buat nana nak tergelak ye kasut safety boot yang pernah nana dapat masa 3 tahun yang lepas nana kena pakai rasa nak menjerit je nana tak suka ,nana pernah cakap nana tak akan pkai kasut ni .tapi kerja kat sini kena pakai memang kelakar dah lah besar kalau nana jalan asyik nak tercabut je hehe walaupun nana dah ikat ketat-ketat  tali kasut tu hehe tak pe lah 6 bulan je lepas tu insyaallah nana cuba cari kerja lain ataupun nak cuba buka kerja sendiri insyaallah kalau diberi peluang oleh yang maha esa .ok lah insyaallah nana akan cuba rajin buka blog lg :)

assalamualaikum....

Saturday, 16 February 2013

Sunyi yeeeee.....

Assalamualaikum 

Hari ini memang hari yang sunyi bagi nana sebab kawan-kawan nana dalam bilik tak de ,ada yang pergi kem dan ada juga yang balik tapi tak pe lah nana faham nana tak kisah masing-masing ada hal ,hari ini juga pertama kali nana tidor sorang sebelum ini nana tak pernah tinggal sorang selalunya berteman hehe maklum lah penakut sikit biasa lah kat sini tempat dia keras sikit lagi-lagi dekat kawasan kilang sebab tu kut banyak cik H(hantu )hehe. tak pe lah insyaallah benda tu tak kacau .yang penting ALLAH selalu bersama kita ,jadi doa yang terbaik untuk malam ini. 

hai sunyi ye tapi walaupun sunyi hati  nana ni tetap happy sebab dapat mesej gan orang yang tersayang .kalau tak mesej habis lah nana pasti bosan sebab tu subuh-subuh lagi nana gerak orang yang nana sayang ni nasib baik cepat  cik abang nana ni bagun awal kalau tidak nana tak tahu nak buat apa..Pagi ni nana terpaksa pergi ke dewan untuk dapatkn line wifi  ,tapi yang penting nak update blog dulu hehe .saja suka-suka tengah masa lapang ni lah boleh update .hari ni tiba-tiba je rindu nak p cameron lagi walaupun tahun lepas dah pergi tahun ni rasa nak p lagi kat sana tenang sangat penuh gan hijau lepas tu angin kat sana kuat sangat rasa ye kalau orang yang kurus sangat boleh terbang kut hehe tak de lah nana gurau je tak de ye sampai terbang hehe .sejuk sangat kat sana waktu nana pergi tu walaupun ada tempat yang tak bukak tapi tetap seronok sebab dapat tengok bunga yang bermacam-macam jenis yang paling best ye nana dapat petik strawberi best ye .terima kasih kat kak mimie dan jugak encik tunang ye hehee .eh terlupa pulak kat cik abang nana ni sebab nak sangat nana pergi cameron hari tu terima kasih sangat nana dapat juga merasa pergi ke situ kalau tidak bila lah nana dapat merasa pergi tempat yang secantik tu .insyaallah satu hari nanti dapat lah nana jejak ke situ lagi .AMIN hehe 

itu je lah cerita nana untuk hari ni nanti bila nana free lagi nana akan update lagi insyaallah 
assalamualaikum :)

Tuesday, 29 January 2013

strees....

Assalamualaikum 
:(
Hari ni pertama kali nana tak tidor sampai pagi ,nana pun macam tak percaya je ah sakit kepala nana fikirkan pasal laporan yang nana kena buat .Nana ingatkan kumpulan nana tolong siapkan rupanya tidak diorang semua mengharapkan nana sorang yang buat sedih betul nana sampai dah give up dah erm tapi nana kuatkan jugak semangat nana .insyaallah malam ni nana siapkan jugak harap-harap begitu lah 

Bagi nana memang tak adil pihak adtec ni buat kumpulan bagi setiap pelajar yang telah ditetapkan ,nana tak marah sangat cuma bagi lah nana peluang untuk pilih ahli kumpulan nana sendiri ,ini tidak dapat kumpulan yang susah nak buat kerja semua mengharapkan nana ,memang nana ni lembut tapi jangan mengunakan kelembutan nana ni sebagai satu kepetingan diorang fikir lah nana jugak nana ni ada hati dan perasaan tapi diorang tak fikir pasal tu pun ,

sedih sangat hai nasib nana memang cam ni kut dari tempat belaja yang lama pun sama je ,bila lah nak berakhir nana harap lepas belajar ni dapat lah nasib yang lebih baik insyaallah .itu saja untuk malam ni selamat malam semua 
 

Monday, 21 January 2013

Assingment gila......

Assalamualaikum :)

hai semua dah lama nana tak update blog maafkan nana sebab senyap begitu je bukan apa sejak balik ke tempat belajar macam-macam dugaan yang nana tempuh sampai lah ke hari ni .hari ni nana nak cerita pengalaman nana dan kawan-kawan temubual orang awam ini sebenarnya nana mengkaji satu maklumat tentang laman sosial ,nana mencuba nasib di sekitar
 TASEK PKNS .

Mula-mula sampai je sana memang susah sangat nak cari responden sebab ramai yang tak nak nana faham kalau nana jadi diorang pun pasti nana tak nak ditemubual tapi nana buat semua ni disebabkan exam kalau tidak memang nana tak akan buat .Ha nana dapat seorang responden ,responden tu ok lah jugak jawab tapi nana ni jadi gagap pulak hehehe yela nana ni memang pemalu sikit tapi cuba kuatkan semangat walaupun tangan nana ni dah rasa macam ais dah sejuk dah hehehe lawak pun ada masa situasi tu hehe, selesai responden yang pertama .kawan nana cuba nak tegur pasangan suami isteri ni tapi dia cuba nak perlekehkan kami ,yang pilik ye dia kata dia seorang pensyarah tapi tajuk temubual nana dan kawan tak tahu nana rasa dia cuba nak mempebodohkan kami erm sepatutnya kalau dia seorang pensyarah dia patut tolong kami pasti dia faham situasi kami semua ni tapi sabar je lah itu jelah yang boleh.
Selepas tu rasa down sangat tapi nana cuba lagi tapi alhamdulilah nana dapat 4 orang responden tinggal lagi 12 responden yang nana kene dapatkan lagi. doakan nana berjaya yek sebab tugasan  ni  bukan biasa-biasa ini exam amali nana peliknya exam ni.Ha nana sempat tangkap gambar lagi , ni je yang nana dapat tangkap gambar dengan kawan-kawan :)
sempat lagi sebelum pergi tangkap gambar :)

macam-macam gaya pun ada :)

:)

itu jelah gambar yang nana boleh tunjukkan sampai disini saja 
cerita nana ok lah bye 
assalamualaikum.
:)

Monday, 6 August 2012

Seindah Kata

Baru pertama kali nak update blog ni rasa mcm kelakar plak hehe .maklum lah sebelum ni hanya bca blog orang je hehe .sernk jugak luahkan perasaan kita kat blog cam ni .
aku x thu nak crita apa kat blog aku ni  
x pe lah aku akn crita tentang hidup diperautauan sekrang ni first mmg sedih sgt lg2 aku ank yang last dlam keluarga apabila dekat gan keluarga mcm2 bleh dpat .bla kat sni mmg kne save lah ckit apa2 pun kena berjimat .
sernk jugak blja jauh ni tp banyak dugaan jugak x pe lah aku trima semua ni 
.Yang paling sedih aku jauh gan cinta aku .kami blaja nama je adtec tp berlainan adtec dia di melaka aku kat shah alam sedih jugak lah tp insyaallah cinta aku antara dia kuat jugak harap smpai ke akhirnya AMIN.
Bagi aku dugaan tu x bleh dipisahkn dari pasangan yang bercinta mmg sukar nk jauhkan tp yg penting kita ni msti lah sbar,kuatkan semangat dan bila gaduh jangan ego bla ego tu lah yang jadi huru-hara .
 ok lah smpai disinilah cerita aku  nnt bla2 aku update lg insyaallah klau ada umur yang panjang
assalamualaikum .

jom singgah sini