kawan-kawan nana

Wednesday, 14 October 2015

Aduhai WAZE !!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum :)

Wah lama sangat tak update blog rasa rindu pulak ini pun tak de buat apa jadi kita story lah apa yang jadi beberapa hari yang lepas kan .ok tengok tajuk pun pasal WAZE ok sebelum nak cerita pasal WAZE ini kita story dulu macam mana boleh terjadi nak pakai WAZE .

Ok macam ni cerita sabtu yang lepas sepatutnya nana akan teman kak mimie untuk ke kuala lumpur untuk menjaga zahra anaknya  sebabnya kak mimie kena hadir dalam satu majlis nana tak arif nak cerita pasal majlis tu tapi kalau  nak tahu cerita yang lebih lanjut boleh pergi blog kak mimie klik disini .lepas tu hari sabtu tu nana memang tak sangka nana tak dapat teman kak mimie disebabkan hal yang tak dapat dielakkan jadi nana cadang nak datang hari ahad kerumah kawan kak mimie tu supaya boleh lah nana jaga zahra . tapi bila nana cakap kat cinta nana adik kepada kak mimie dia tak kasi nana naik bus jadi dia kata dia nak hantar nana kesana dan dia akan tunggu kak mimie habis majlis dan bawak balik ke ipoh sebab kecian kalau esok harinya zahra nak naik bus dia kecik lagi jadi pakciknya sanggup tunggu dan bawak balik ke ipoh .

Hari Ahad yang nak pergi ke kuala lumpur tu kami gerak lambat sikit dalam pkul 3 cam tu sebabnya tunggu cinta nana ni habis niaga kat lorkin, tu yang lambat sebab lorkin habis pukul 12 jadi kemas-kemas barang lagi  memang  lambat lah kan  . ok gerak je nasib baik lah kawan cinta nana ni follow sekali yela sat lagi malam kan nak gerak balik ke ipoh semula  takut cinta hati nana ni mengantuk boleh lah tukar-tukar drive kan . Dari ipoh ke rawang ok je jalan tapi tiba-tiba lepas tu hujan dengan lebatnya sampai tak nampak jalan aduhai memang risau sangat lah tapi nasib baik bila masuk ke jalan duta hujan tak lebat sangat . 



Ha pasal WAZE ni kami bertiga memang masing-masing ada aplikasi WAZE ni tapi aduhai mula-mula nak pakai tab kawan cinta nana tu tapi bateri dia habis pulak memang tak dapat lah guna ,jadi pakai lah tab cinta nana mula-mula ok tapi bila sampai sg.buluh bateri dia pun nak habis jugak last sekali pilihan pakai lah fon nana ni setting dalam WAZE tu mula-mula ok je tapi bila dalam perjalanan asyik hilang je arah jalan yang nak di tuju asyik kareta yang dipandu tu macam jalan atas awan je putih je .kami bertiga memang risau lah takut sesat yela tahu lah jalan KL tu memang la pernah pergi tapi jalannya faham-faham jelakan . masa tu memang tak tahu nak buat apa dah jadi terpaksa lah coll Ciksu (kawan blogger kak mimie  ) untuk mintak jalan nak kerumahnya memang membantu arah yang ciksu kasi tu, tapi kawan cinta nana ni dia nak jugak pakai WAZE jadi pakai lah tab cinta nana yang tingal 10% baterinya hihihihi dan akhirnya sampai jugak lokasi yang ingin dituju tu syukur sangat .

Yang buat nana geram kenapa lah WAZE ni kan fon biasa tak boleh kenapa nak jugak tab tu geram betul hihihi tak pe lah jimat lah bateri fon nana jugak kan  hihihi .Tapi yang peliknya sebelum ni nana pakai ok je tak tahu lah kenapa hari yang perlu guna WAZE ni tiba-tiba tak boleh mungkin internet fon nana  tak kuat masa tu fikir positive je lah kan hihihi ok lah nanti sambung cerita lagi 

Assalamualaikum :)

5 comments:

QasehnyaRania said...

wslam..
hye acik nana :)
nice to meet u too..

ada blog juga ye.. patut malm tu tnya tp serius sbb x dpt nk tanya bab blog sbb hidung tekak mmg x blh bg kerjasama sesangat.

sbb waze rupanya ye. lagi satu sbb jerebu, waze x blh nk detect. hri tu abg ipar dr sini nk ke selangor, guna waze di bawa nya ke jakel mall..

sabaq je la..

Nor Farhana said...

x pe ciksu mlm tu nana tgk ciksu x sehat cian ciksu .a.ah lah ciksu jerebu masa tu macam kuat je sbr je lah nasib baik ciksu tunjukkn arah nak ke rumah ciksu . ciksu baik sgt terima kasih sgt2

kennymerligal said...

Singgah and follow blog penaja..
http://www.kennymerligal.com/2016/04/giveaway-special-april-syam

Farrah Nadia said...

Hi,salam perkenalan ! :)
Singgah dan follow ! #81

Mrs Dee said...

BW sini,,salam kenal ^_^

jom singgah sini