kawan-kawan nana

Saturday, 20 September 2014

Bercuti !!!!

Assalamualaikum :)

Hai syok nya tengok orang pergi bercuti rasa nak sekarang jugak pergi bercuti tapi apa kan daya tak mampu buat masa sekarang ini kena tunggu waktu yang sesuai lah , asyik dengar je cerita kawan seronok pergi bercuti tak pelah yang penting sabar mana tahu rezeki akan tiba satu hari nanti . 

Ha tahun depan abang nana akan ke krabi wah syoknya,  rasa nak ikut sangat tapi bajet tak de lah nak ikut walaupun bajet semua sekali termasuk makan minum dan perjalanan pergi balik ke sana dalam  Rm 600 ringgit malaysia tapi nana tetap tak dapat nak ikut memang seronok sangat lagi2 nana tengok video klip destinasi percutian ke krabi memang syok,  kita akan rasa nak pergi sangat-sangat kat sana memang terbaik lah bagi nana kalau tak percaya cuba tengok video ni Destinasi bajet memang seronok sangat. 

Tapi terpaksa lah lupakan nak kesana tahun depan jugak seronok lah orang office nana mana yang dah kerja lama kat situ dapat travel di korea wah best gila lah, nana tak boleh ikut sebab ye baru je kerja lagi kan kena lah duduk dalam office tu nanti mesti boring tapi seronok kut hahaha tak de orang yang buat nana sakit hati hahaha . kalau diberi peluang dapat ikut bersama diorang ke korea nana tetap tak nak pergi jugak yelah rasa dalam malaysia ni pun nana tak pusing habis lagi akan lah nak pergi ye dok hahaha . biar lah rezeki diorang nana tak kisah pun 

harap-harap lah tahun hadapan ada rezeki untuk family nana pergi bercuti insya Allah nana nak belanja diorang masuk bukit merah saja seronok-seronok dah lama tak kuar bersama -bersama harap ada lah rezeki lebih untuk tahun depan . family nana ni ramai tau sebab tu lah kena kumpul duit untuk belanja diorang masuk situ hehe  ,erm walaupun mungkin tak jadi apa yang diimpikan untuk tahun hadapan nana tetap tabah untuk terima semua ni yang penting nana dapat gembirakan semua family nana harap-harap jadi untuk percutian untuk tahun hadapan 

Aamin :)

2 comments:

Sya Mimie said...

Pergi bercuti mmng best.. Tapiiiiiiii.. Zahra x blh dibwak bercuti.. Nanti melalak jenuh pujuk..

Nor Farhana said...

hahahaha tapi nnt acik nana nak dia g jugak p bercuti nanti,
hihi tdor atas riba acik nana ye zahra boleh tak mama hihi

jom singgah sini