kawan-kawan nana

Friday, 28 November 2014

REUNION!!!!!!!! Ohhh tidakkkk

Assalamulaikum :)

Malam ni hai tiba-tiba rasa susah hati . macam mana tak susah hati kalau ada pulak reunion yang akan berlangsung pada 
25/12/2014
erm bukan tak nak pergi tapi kalau dah sikit sangat orang yang perginya macam tak best pulak .rasa nak batalkan je tapi dah tercakap nak pergi erm buntu sangat 
kawasan yang diorang pilih jauh pulak tu aduhai risaunya hati ini , lokasinya di teluk senanggin pada mulanya diorang nak pergi teluk batik pelik jugak kenapa diorang tiba-tiba ubah plan ni rupanya ada pulak cikgu yang ikut ,cikgu yang nak sangat pergi teluk senanggin . bila je nana dapat tahu cikgu pun ada join sama , lagi payah lah nana nak batalkan kehadiaran nana nanti aduh macam mana ni pening betul .

kenapalah diorang buat pada hari orang cuti umum kan ramai orang nanti kalau pergi hari biasa kan bagus tak ramai orang, tak sesak jalan  raya jugak aduhai . nana nak je bagi tahu diorang tak nak pergi nanti tapi diorg suka perli-perli tak seronok lah macam tu .kalau boleh diorang terima apa aje keputusan yang diberi .hai tengok lah macam mana nanti  susahnya kalau reunion akhir tahun .

Reunion ni ada best ye nana pun memang nak sangat jumpa kawan-kawan masa form 5 dulu rindu kat diorang semua, masing-masing dah jauh sampai ke johor diorang kerja .nana tak sampai hati nak batalkan reunion ni yela masing2 turun dari jauh semata-mata nak jumpa semula . tak pe lah nanti nana fikirkan
semula sebab orang-orang yang nana sayang ada yang tak bagi nana pergi risau katanya . haha risau kalau-kalau jatuh hati kat kawan-kawan lama rsanya tak lah kut nana macam tu apalah sampai ke situ fikir risau beno hihi lagipun kawan-kawan nana banyak yang dah berumah tangga jadi tak perlu lah risau nana tahu nana dah ada orang tersayang jadi tak perlu padang yang lain betul tak :)

Jadi nana akan fikirkan dahulu . kena fikir panjang pasal ni tak nak ada yang terasa hati nanti . kalau boleh semua hati nana nak jaga tak syok kalau ada yang sedih hidup jadi tak tenang nanti.

ok lah sekian :)

3 comments:

AINUN ZURIYATI MOHAMED said...

bimbang mengimbau kenangan lama...
apapun memang kena bijak bawa diri.
Hehhhe...
Semoga terus berbahagia...:-)

Sya Mimie said...

Reunion mmng best. Tp klau nana rasa pyah ajak la abng ke, fmly ke suh dorang bercuti kt sna. Nana jmpa kawan2.. ;-)

Nor Farhana said...

nasib baik reunion dah lepas nana pergi kejap je malas lama2 kat sana sebabnya yang ramai lelaki pulak tu lepas tu memang diorg dah berubah sangat2 rambut panjangnya takut betul hihi nasib baik ada idea nak lari balik cepat hihi :)

jom singgah sini