kawan-kawan nana

Thursday, 27 November 2014

Tabahlah wahai sahabat

Assalamualaikum 

Hari nana dikejutkan dengan berita sahabat nana maknya sakit ,walaupun kawan nana ni memang tak rapat langsung hanya kawan biasa-biasa je tapi nana tetap sedih yela penyakit yang mak dia alami adalah penyakit tibi , mula-mula nana pun rasa macam pelik apa tu penyakit tibi .bila nana tanya kan pada mak dan ayah nana ,nana rasa tekejut sangat penyakit ni sangat membahaya susah untuk baik sepenuhnya mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya . kecian kawan nana tu baru-baru ini dia baru je kehilangan seorang ayah dan sekarang maknya pula sakit harap dia tabah . sampaikan dia sanggup berhenti kerja demi menjaga maknya yang sedang sakit sangat kalau nana pun akan buat benda yang sama mak adalah satu-satu yang tidak boleh dicari ganti  dia lah sanggup berkorban demi anak-anak erm sedih sangat nana faham perasaan kawan nana tu . 

ha nana cerita sedekit tentang penyakit tibi , penyakit tibi ni adalah sejenis penyakit yang membahayakan boleh membawa kepada maut jika seseorang pesakit itu tidak dirawat dengan betul, penyakit ini boleh merebak dan merosakkan bahagian tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain. , penyakit tibi ini boleh berjangkit  sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

Apakah gejala-gejala tibi?
• Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
• Kahak berdarah
• Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
• Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
• Hilang selera makan
• Berat badan menyusut
• Mudah letih dan lemah badan

Bila baca info tentang penyakit ni rasa risau pun ada penyakit ni adalah penyakit berjangkit No 1 dari semua penyakit bahaya sangat ,erm harap mak dia kuat menghadapi penyakit ini,  nana tak dapat nak pergi melawat maknya yelah jauh kan kalau dekat nana pergi,  hospital selayang memang jauh jugak dari tempat nana mengambil masa dekat 2 jam   jugak lah tak pe lah nana hanya mampu berdoa dari jauh je , 
harap kawan nana tu kuat , Allah sentiasa ada bersama kita  
semoga cepat sembuh bondanya

Aamin



( Sebenarnya cerita dari bulan 9 lagi nana nak update tub tub... nana pulak kene demam campak jadi ari lah baru blh update Alhamdulilah mak kawan nana semakin sembuh syukur cuma masih lemah harap2 akan sembuh sepenuh ye Aamin :)  )




1 comment:

Sya Mimie said...

Btul tu nana. Tibi ni bhya. Blh bwa maut. Kita kena hati2 klau berdekatan dgn mereka..

jom singgah sini